Quantcast
Channel: CikLilyPutih The Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3718

Refinity ACNE Hydrogel Untuk Hilangkan Jerawat Secepat Mungkin

$
0
0
Hi Korang,


Kisah jerawat ni memang senantiasa tak akan abis.


Nak-nak lagi kalau kulit bermasalah macam aku ni, nampak je bersih tapi still ada lagi jerawat pasir, parut jerawat dan memacam lagi yang berkaitan dengan jerawat tau. Mungkin salah satu sebab keluar jerawat ialah stress dan pola pemakanan kita seharian ek. 

Meh sini aku citer pasal JERAWAT ni ek

Jerawat, atau dalam bahasa perubatannya Acne Vulgaris, merupakan sejenis masalah kulit yang berlaku pada bahagian kulit yang terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak yang dipanggil Pilosebaceous. Ia merupakan fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit badan dan muka. Masalah jerawat biasanya dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Jerawat juga boleh terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria akibat penyakit, alahan atau salah penjagaan kulit. Jerawat muncul apabila terdapat kecederaan atau lesi pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (whiteheads) dan bintik hitam(blackheads). Apabila bintik putih yang berkeadaan berminyak dan lembap itu dicemari oleh kekotoran, ia akan bertukar menjadi bintik hitam (blackheads).

Bintik hitam mengandungi sumbatan sebum (bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak) dan sukar dikeluarkan disebabkan ruang folikel yang kecil berbanding saiz bintik hitam yang lebih besar. Apabila kandungan sebum di dalam ruang folikel itu bertambah, ruang tersebut akan terhakis dari dalam dan membesar, menyebabkan kecederaan pada kulit. Kecederaan atau lesi ini menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Nampak jerawat tu prosesnya cam simple je tapi bila baca balik statement atas tu tadi rasa cam cuak plak dengan jerawat ni ek. Kekadang tu jerawat ni bukan tumbuh kat muka je malah ianya tumbuh di belakang badan, leher dan pelbagai tempat lagi yang kita sendiri tak sangka. 

Aku tau jerawat ni memang ambil masa untuk hilang dari muka so bersabarlah. Tapi kekadang tu aku jadi tak sabar jugak, kesudahannya jari aku yang gatal ni pi picit jerawat tu keluarkan whiteheads tu kan maka jadilah parut di situ. Padahnya daripada nak hilangkan jerawat ekk dapat pulak parut jerawat.

Ishkk nyampah betul lah

Well well well aku dengan tak sengajanya terdiscover mengenai produk kecantikan terbaru ni iaitu Refinify Acne Hydrogel. Wah krim jerawat baru ni, of courselah aku nak cuba.


Apa kelebihan Refinity Acne Hydrogel ?

Pantas Bertindak

Formulasi Acne Hydrogel fokus pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri. Ianya mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.

Senang & Mudah

Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.

Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Pengiktirafan

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

98% Pengguna Berpuas Hati

Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari, pihak Refinity menerima testimoni positif dari pengguna.

Cara Penggunaan Refinity Acne Hydrogel




1. Bersihkan muka sebersih mungkin

2. Keringkan.

4. Picit sedikit Refinity Acne Hydrogel.

3. Sapu pada kawasan berjerawat . Tapi datang angin gila aku ni, aku sapu je seluruh muka hahahahha. Please jangan ikut cara aku ek


Testimoni Pengguna

Ini aku sharekan beberapa testimoni untuk rujukan korang ek.




Nampak memang menyakinkan ek


Harga Refinity Acne Hydrogel

Harga asal -----> RM 90 sebotol
Tapi, sekarang korang boleh dapat dengan harga ....

1 botol = RM70

2 botol = R130

Murahkan ? 

Itulah aku sendiri pun tak sangka jugak ek

Segala maklumat lanjut , korang boleh layari laman wab :






Viewing all articles
Browse latest Browse all 3718

Trending Articles