Quantcast
Channel: CikLilyPutih The Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3718

Koleksi Hari Raya ‘ROYAL RYANNA’ Dari AVON HOME Yang Harus Korang Miliki

$
0
0
Hi Korang, 


Cuba kira lagi berapa bulan nak raya? 

Ermm tak silap aku dalam 2 bulan je lagi kan hehehhe puasa dah ganti ke belum? Mestilah dah kan, giler kalau tak ganti lagi ek. Aku rasa ramai la ni duk simpan duit sambil usha usha barang apa yang patut di ganti time hari raya nanti ek.


Jangan kata korang, aku pun sama gak wei, walaupun nampak aku ni cam tak kisah pun pasal hal rumah tapi sebenarnya aku ni very particular ye.



Hari tu sempat aku ke media preview untuk Koleksi raya dari AVON HOME ni di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Cantik sungguh tempat ni tau, rasa cam tak nak balik je. 

Meh aku share sket intipati media preview tersebut


2-Panel Window Curtain

Single Door Curtain

3-Panel Window Curtain



Bak tenangnya panorama matahari terbenam di persisiran pantai yang biru keperangan, begitu jualah damai segenap ruang kediaman dihiasi barangan hiasan dalaman eksklusif, Koleksi Royal Ryanna. Koleksi terbaru dari Avon Home ini mengetengahkan gabungan harmoni ciri estetika alam dengan elemen rekaan moden; sesuai untuk cetusan suasana mewah dan nyaman ketika Lebaran nanti. 

lkonik dan segar, ruang kediaman di transformasi ala syurga tropika dengan konsep santai kontemporari yang sedap mota memandang. Koleksi Royal Ryanna lengkap sempurna dengan barangan linen rumah dan kamar tidur, rangkaian pinggan mangkuk dan hidangan serta hiasan rumah. Tema warna koleksi ini mudah diserasikan dengan kebanyakkan warna perabot asal kediaman.

Cushion Cover Set of 2

Table Runner

Princess Ryanna Bedsheet Set

Royal Ryanna King Bedsheet Set

lstimewanya koleksi ini terletak pada ketelitian jahitan dan sentuhan kemasan kilau emas pada fabrik linen rumah serta kombinasi warna gelap-sejuk yang meredupkan ambiens kediaman.


3-tier Server

Jug & Glass Set

20pcs Dinner Set



Buat julung kalinya juga, Avon Home membawakan koleksi set pinggan mangkuk kaca lengkap dan barangan hidangan lain seperti set jag dan gelas yang bersentuhan unik adunan duo warna, mencipta efek 'ombre' yang cukup anggun. Koleksi tahun ini dilengkapkan dengan 1 set gebar dan cadar bersaiz 'King', 2 set cadar dan gebar bersaiz kelamin serta pasu bunga hiasan dalam tona senada.

Serving Tray


Tiffin Carrier

Cookie Canister 3pcs Set

Seleksi barangan Koleksi Royal Ryanna boleh didapati di pasaran bermula 1 Mei 2016 melalui Risalah Kemuncak Kempen 9, 2016. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan menemui Wakil AVON atau mengunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara.


Senarai lengkap barangan Koleksi Royal Ryanna

Baranganlinendan perhiasanrumah
Rangkaianpinggan mangkuk  dan hidangan
Baranganlinenkamar tidur
1)SlidingDoorCurtain

2)SingleDoorCurtain

3)2-PanelWindow

Curtain

4)3-PanelWindow

Curtain

5)RectangularTable

Cloth

6)TableRunner

7)CushionCoverSetof2

8)KitchenCafe  Window

Curtain

9)FridgeCover

10)DecorativeVase
1)Jug& GlassSet

2)20pcsDinnerSet

3) 3-tierServer

4)ServingTray

5)MultipurposeServer

6)CookieCanister3pcs

Set

7)Serviette20pcsSet

8)CutlerySet

9)TiffinCarrier
1)RoyalRyannaQueen

BedsheetSet

2)Royal Ryanna Queen

Comforter

3)Royal Ryanna King

BedsheetSet

4)Royal Ryanna King

Comforter

5)PrincessRyanna

BedsheetSet

Untuk maklumat lanjut, silo hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22- AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Ermm yang mana satu pilihan hati ek?
Kalau aku lah rasanya nak beli kesemuanya sekali, especially langsir tuh sebab cantik sangat wei



Avon merupakan syarikat yang, selama 130 telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan  Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus mejelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di www.my.avon.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3718

Trending Articles