Quantcast
Channel: CikLilyPutih The Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3717

‘Chilex’ dengan Teh Tarik Ais Monster di Sepiring

$
0
0

Hi korang,


Ni aku nak kongsikan info dihujung minggu ni...


Keenakan rasa pelbagai masakan tempatan Malaysia sudah sekian lama digemari oleh ‘kaki makan’ di seluruh negara, tanpa mengira bangsa, budaya atau latar belakangBerilhamkan aneka sajian kegemaran ramai ini, Sepiring menyajikan pelbagai makanan tradisional Malaysia yang memenuhi menunya, daripada ‘Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik’ hingga ‘Durian Pancake’, dan banyak lagi.

 

Selain pelbagai sajian lazat yang menambat seleratawaran terbaru Sepiringternyata mempunyai daya tarikannya yang tersendiriManisan Teh Tarik Ais Monsteryang baru dilancarkan pasti akan menjadi kegemaran ramai, sama ada untuk menyejukkan badan pada tengah hari yang panas atau untuk menghilangkankeletihan selepas sepanjang hari bekerja.

 


Manisan baru Sepiring menggabungkan dua minuman kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik dan ais kacang yang disatukan secara unikSeperti yang digambarkan oleh namanyasajian ini dibawakan dalam bentuk timbunan ais kacang yang tinggi, dengan inti ais kacang klasik seperti kacang, jeli, nata de coco dan biji saguIa kemudian direnjis dengan teh tarik dari atas hingga ke bawah, kemudian ditambah pula satu sudu aiskrim lengkap dengan kon di atasnya.

 

Perisa Teh Tarik Ais Monster yang inovatif dijamin memberi kepuasan kepada peminat manisan dan menceriakan masa makan sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan. Saiznya yang besar menjadikannya sesuai untuk dikongsi bersama.


Lynn-ee Kwan, Pengurus Jenama Sepiring, berkata, “Sepiring memberi kesempatan kepada masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menikmati sajian makanan yang kita gemari sejak kecil lagiKami amat berbangga menawarkan menu yang mencerminkan cita rasa Malaysia tersendiri kepada pelanggan kamiTambahan terbaru kamiTeh Tarik Ais Monsteradalah satu lagi penghormatan kepada budaya Malaysia sejati.”

 

Nama kami, Sepiring, bermakna berkongsi makanan dengan orang tersayang dalam piring yang samaDengan saiznya yang besar dan rasanya yang lazat, Teh Tarik Ais Monster mengeratkan hubungan melalui perkongsian hidangan.”

 


Untuk memperingati pelancaran Teh Tarik Ais MonsterSepiring memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai bukan satu tetapi dua peraduan yang dianjurkanJika anda berani menyahut ‘10 Minutes Challenge’, cuba untuk habiskan Teh Tarik Ais Monster dalam 10 minit atau kurang bersama seorang rakanMereka yang berjaya menyahut cabaran ini boleh menikmati Teh Tarik Ais Monster secara percuma!

 

Mereka yang ingin menikmati manisan ini dengan cara yang lebih santai pula boleh menyertai peraduan ‘Capture the Monster’! Hanya perlu bergambar dengan Teh Tarik Ais Monster secara kreatif dan menarikdan paparkan di Facebook atauInstagram. Pastikan anda tag Sepiring pada gambar dan sertakan hashtag #TehTarikAisMonster dalam keterangan gambar untuk mendapatkan peluang memenangi baucar makanan!

 

Teh Tarik Ais Monster yang menyegarkan ini adalah sajian hibrid dua-dalam-satu dan melambangkan manisan Malaysia sejatiyang pasti digemari oleh pelanggan dari segenap lapisanIa boleh didapati sekarang di semua restoran Sepiring dengan harga hanya RM19.90 nett.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Sepiring, sila ke laman www.sepiring.com.my.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3717

Trending Articles